Friday, November 21, 2008

JOM KE TAMAN NEGARA.



Taman Negara Pahang, menjadi destinasi utama bagi Lubuk Bangkong Resources mengadakan aktiviti-aktiviti luar seperti Night Jungle Walk, Jungle Trekking, Canopy Walk, Rapid Shooting, Cave Exploration, Night Safari by 4-Wheel Drive, Lata Berkoh Waterfall & Kelah Fish dan Orang Asli Settlement.



OBJEKTIF LUBUK BANGKONG




Untuk menjelaskan mengenai interdipendensi (hubung kait) diantara manusia dengan alam semulajadi.


Memberi pendedahan dan pengalaman sebenar dalam aktiviti-aktiviti luar yang secara tidak lansung dapat mengekalkan kesihatan mental dan fizikal pada tahap optimum.


Agar dapat melahirkan generasi yang peka dan menghargai anugerah alam yang kini menjadi salah satu aset negara yang amat bernilai.


Menjiwai kehidupan dan ketenangan alam ciptaan yang Maha Esa untuk dibawa sebagai pedoman dalam kehidupan harian yang penuh dengan pancaroba.

MATLAMAT KAMI


Matlamat Lubuk Bangkong Resources dalam mengendalikan aktiviti-aktiviti luar adalah untuk memupuk sifat-sifat yang positif seperti keakraban, saling hormat-menghormati dan untuk melahirkan rasa tanggungjawab pada alam.


Agar genarasi akan datang juga dapat mengecapi keindahan flora dan fauna serta turut bersama-sama menstabilkan serta mengekalkannya.

JUNGLE TREKKING BUKIT TERESEK

Are you game for an adventurous outing in the wild?Then,head to Kuala Tahan for a dose of jungle trekking and a closer look at the flora and fauna in this jungle paradise.There are a number of carefully marked trails for you to trek around.Three most prominent trails are Tahan Terengan,the Neram trailand the Bukit Teresek loop,each promising a genuine adventure.




baju merah tepi sekali tu la yang akan menguruskan kedatangan anda ke taman negara...


lawatan sambil belajar dari kelab JKSA selangor seramai 40 orang telah berjaya mendaki bukit teresek t.negara.jika anda pergi ke tempat ini,anda akan rasai sendiri kepuasanya...














Berjalan melalui hutan bersama jurupandu tempatan yang berpengalaman, dengan menyaksikan lebih dekat lagi flora dan fauna yang terdapat didalam hutan ini. Perjalanan akan beterusan hingga Bukit Teresek, di mana pemandangan menakjubkan Gunung Tahan dan kanopi di lembah sekitarnya dapat dinikmati.

NIGHT SAFARI BY 4-WHEEL DRIVE

NIGHT SAFARI BY 4-WHEEL DRIVE

Pengunjung akan menaiki pacuan 4-roda dan bergerak di sepanjang sempadan hutan dan ladang kelapa sawit pada waktu malam. Dengan bantuan lampu sorot, pengunjung berpeluang menyaksikan haiwan liar keluar mencari makanan pada waktu malam. Peluang menyaksikan dengan jelas haiwan-haiwan ini agak tinggi kerana cahaya lampu sorot akan membuatkan mereka terpaku di hadapan pengunjung!

Tempoh : 2 jam
Masa : 9.30 malam

Magnificent Caves




Caves have always been associated with mysterious findings of lives in the olden days.Take for instance the ancient drawings on the walls of a cave that depict how the people before time lived their everyday life.Care to try spelunking or cave exploring?Then,Taman Negara is the right place to do so where you can encounter spectacular rock formations and a great variety of life within the mystifying interiors of numerous caves besides the more popular Kepayang Caves,Daun Menari Caves and Telinga Caves situated by a stream that runs through it.You can also ascend to Bukit Guling Gendang Hill for a magnificent view of the spectacular jungle.











CAVE EXPLORATION

Pengunjung akan menaiki bot dan berjalan sehingga ke mulut gua iaitu Gua Telinga, dimana mereka berpeluang menyaksikan batu kapur yang telah terbentuk menjunam ketanah. Terdapat juga pelbagai spesis haiwan seperti anai-anai, kelawar dan ular.

Tempoh : 3 jam
Masa : 10.00 pagi-3.00 petang

NIGHT JUNGLE WALK TAMAN NEGARA

NIGHT JUNGLE WALK


Pengunjung akan dibawa berjalan didalam kegelapan hutan sambil dibantu jurupandu berpengalaman bagi menyaksikan kehidupan malam hutan hujan tropika ini.


Pelbagai siulan serangga, burung dan haiwan lain bergabung membentuk melodi yang jauh berbeza dari kesibukan bandar. Pengunjung juga berpeluang menyaksikan kehidupan malam pelbagai haiwan seperti kelawar.

Tempoh : 1½ jam
Masa : 9.00 malam

ORANG ASLI SETTLEMENT













Merapati dan merasai kehidupan Orang Asli suku kaum Batek, yang merupakan penghuni di Taman Negara. Mengamalkan cara hidup nomad, berpindah dari satu tempat ketempat yang lain. Pengunjung juga berpeluang melihat sendiri tradisi, kepercayaan dan alat-alatan yang masih kekal digunakan. Rasai sendiri keseronokkan ‘menyumpit’.

Tempoh : 1½ jam
Masa : 10.00 am hingga 4.30pm

Canopy Walk in Taman Negara, Malaysia

Spectacular Canopy Walkways Discover the world's longest jungle canopy walkway.Stretching a distance of 4oo meters,the walkways enable you to enjoy a breathtaking view of the jungle canopy.The canopy walkway,is built 40 meters above the ground,using Tualang trees,the tallest among the tropical rainforest








Pengunjung akan melalui sendiri pengalaman berjalan di laluan kanopi terpanjang di dunia dengan panjang 530 meter dan ketinggian 30-60 dari lantai hutan. Laluan kanopi ini, yang berusia hampir 15 tahun, merupakan satu dari tiga laluan kanopi di Malaysia (selain FRIM di Kepong dan Poring di Sabah)





























Pengunjung akan melalui sendiri pengalaman berjalan di laluan kanopi terpanjang di dunia dengan panjang 530 meter dan ketinggian 30-60 dari lantai hutan. Laluan kanopi ini, yang berusia hampir 15 tahun, merupakan satu dari tiga laluan kanopi di Malaysia (selain FRIM di Kepong dan Poring di Sabah)

Thursday, November 13, 2008

RAPPIDS SHOOTING


































Dari Kuala Tahan, pengunjung akan menaiki bot khas melalui Sungai Tembeling, menuju hulu ke Sungai Trenggan. Di sini, air yang deras akan ditemani 7 jeram yang menghiburkan! Derusan air yang buas akan membuatkan pengunjung basah dihujani percikan air semasa bot mengharungi melepasi ketujuh-tujuh jeram ini. Pengunjung dinasihati memakai pakaian yang sesuai.