Monday, September 7, 2009

PROMOSI UNTUK PELAJAR YANG INGIN KE TAMAN NEGARA PAHANG


http://l.yimg.com/g/images/spaceball.gif




LUBUK BANGKONG NATURE (SA0066547-D)

Mengendali Program Lawatan Sambil Belajar bagi Pusat Pengajian Tinggi dan Sekolah Menengah ke Taman Negara Pahang.

PENGENALAN

Lubuk Bangkong Resources (LBKG) adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh anak jati Taman Negara. Penubuhan syarikat ini adalah bertujuan memberi perkhidmatan sebagai penyelaras program serta perunding kepada pengunjung terutamanya institusi pengajian tinggi (IPT) dan Sekolah Menengah bagi tujuan meninjau keindahan alam semula jadi yang usianya menjangkau 130 juta tahun.Taman Negara adalah salah satu hutan tropika yang tertua didunia.

Lubuk Bangkong Resources (LBKG) juga adalah syarikat yang telah diberi sokongan penuh oleh PERBADANAN BUKIT FRASER, PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI PAHANG DAN MAJLIS TINDAKAN PELANCONGAN NEGERI PAHANG bagi menguruskan program para pelajar dari IPT dan sekolah menengah untuk menjalani program dari masa ke semasa.




PERKHIDMATAN YANG DIKENDALIKAN

1. Menentukan dan memastikan lokasi penginapan yang sesuai mengikut kos yang telah dipersetujui.
2. Menyediakan kemudahan makanan dan minuman serta pemandu pelancong yang bertauliah dan berpengalaman.
3. Membantu peserta rombongan di dalam melaksanakan aktiviti di sepanjang lawatan.
4. Mengawal serta menyelia para pelajar agar setiap aktiviti yang dijalankan dalam keadaan selamat.
OBJEKTIF PERKHIDMATAN

Memberi pendedahan dan pengalaman sebenar ketika berada di alam semula jadi secara tidak langsung dapat mengubah minda para pelajar agar lebih perspektif, prihatin dan mempunyai keyakinan demi kehidupan masa akan datang.

Menjelaskan mengenai hubung kait diantara manusia dengan alam semulajadi agar dapat melahirkan generasi yang peka dan menghargai anugerah alam yang kini menjadi salah satu aset negara yang amat bernilai.

Memberi faedah dan ilmu pengetahuan kepada pelajar mengenai flora dan fauna di Taman Negara secara lebih dekat.selain itu, para pelajar juga didedahkan mengenai cara hidup masyarakat Orang Asli yang menjadi penghuni hutan tertua didunia ini.

KOS YANG DIPERLUKAN BAGI PARA PELAJAR IPT (3 HARI 2 MALAM )
MIN 20 ORANG

Kos bagi seorang Pelajar
• RM 230.00
Pensyarah
• RM 350.00
Perkhidmatan yang disediakan:
Penginapan , permit masuk Taman Negara, insurans,
Kos pengangkutan bot, makanan dan minuman, pemandu pelancong
Dan aktiviti yang telah di maklumkan seperti dalam perbincangan.

Kos bagi 1 Bas Persiaran pergi balik RM2000 dari Shah Alam.

KOS YANG DIPERLUKAN BAGI PARA PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
(3 HARI 2 MALAM ) MIN 20 ORANG

Kos bagi seorang Pelajar
• RM 200.00
Guru
• RM 350.00
Perkhidmatan yang disediakan:
Penginapan , permit masuk Taman Negara, insurans,Kos
pengangkutan bot, makanan dan minuman, pemandu pelancong
Dan aktiviti yang telah di maklumkan seperti dalam perbincangan.

Kos bagi 1 Bas Persiaran pergi balik RM2500 dari Shah Alam.


Contoh Jadual Aktiviti


Hari 1 – Berkumpul bagi menerangkan aktiviti yang dianjurkan
7.30 pm – Makan Malam.
Aktiviti – Pembentangan video mengenai hutan 130 juta
tahun Taman Negara.
Berjalan malam sambl melihat habitat kehidupan liar
seperti rusa,ular dan sebagainya.

Hari 2 – Sarapan pagi - 8.00 am
Aktiviti – Mendaki Bukit Taresik & berjalan menaiki titian gantung yang terpanjang di dunia.
1.00 pm - Makan tengahari
2.00 pm – Menaiki Bot Melalui 7 Jeram
4.30 pm – Melihat kehidupan orang asli suku kaum batik
8.00 pm – Makan Malam


Hari 3 – Sarapan Pagi –8.00 am
9.00 pm – membeli belah di kedai cenderahati

11.00-bertolak pulang.



AKTIVITI YANG DIADAKAN DALAM LAWATAN

* Pembentangan melalui video mengenai hutan Taman Negara Pahang dan
berjalan diwaktu malam di dalam hutan Taman Negara.
* Mendaki sambil menikmati keindahan dari atas Bukit Tersek .
* Meniti Titian Gantung¬ sepajang 530 meter dan ketinggian 30 hingga 60 meter
dari lantai hutan.
* Menaiki bot melawan arus jeram sebanyak 7 jeram .
* Mengunjungi penempatan orang Asli suku kaum Batek.


MAKLUMAT RINGKAS

Lawatan ke Taman Negara Pahang adalah sesuai pada bulan Februari,
Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos ,September dan Oktober.Manakala pada
bulan November dan Disember adalah musim tengkujuh (Banjir) maka
adalah sesuai lawatan mengikut bulan yang dicadangkan.

Memastikan jumlah pelajar menepati bilangan yang sebenar supaya memudahkan pihak kami mengurus segala aktiviti tanpa sebarang masalah.

Sebarang tempahan lawatan yang dipersetujui hendaklah didahului dengan bayaran deposit agar memudahkan pihak hotel dan pihak pengangkutan bot menyediakan keperluan dengan lancar.

Setiap pembayaran yang hendak dibuat mestilah melalui akaun
syarikat kami:

CIMB BANK ACCOUNT NO: 1214-0000423-108







SEBARANG MAKLUMAT DAN PERTANYAAN SILA HUBUNGI PENGURUSAN KAMI:

PENGURUS PENYELARAS PROGRAM
EN. ALIZAN BIN ALIAS
NO.HP: 019 2848 131

PEN PENGURUS:EN ALIAS BIN ABU NIPAH HP:0129651474

3 HARI 2 MALAM DI TAMAN NEGARA PAHANG MEMANG MENYERONOKAN..



JERANTUT, 4 Sept (Bernama) -- Taman Negara Pahang, satu nama yang tidak asing kepada pencinta alam, sememangnya terkenal dengan keindahan dan kehijauan hutan yang masih gah terpelihara walaupun usianya dipercayai mencecah 130 juta tahun.

Taman, yang berkeluasan 4,343 km persegi dan dikawalselia oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), menyimpan pelbagai khazanah flora dan fauna yang tidak ternilai harganya yang perlu dipulihara sebaik mungkin.

Dengan dikelilingi hutan hujan tropika, Taman Negara menawarkan pakej percutian menarik kepada sesiapa sahaja yang mengidamkan kedamaian dan ketenangan.

Keterujaan untuk menyelusuri Sungai Tahan pasti akan terasa sebaik menjejak kaki ke Jeti Kuala Tahan melalui perjalanan dari Kuala Lumpur atau Kuantan ke Taman Negara yang mengambil masa kira-kira tiga jam perjalanan.

Pelbagai tempat menarik terdapat di sini yang boleh dilawati seperti Jambatan Gantung, Lata Berkoh, Bukit Teresek, Safari Night, Gua Telinga, Lubok Simpon, Nusa Camp dan Perkampungan Orang Asli.

Perjalanan ke Taman Negara dari pekan Jerantut boleh dilalui menerusi dua cara iaitu menerusi jalan air (menaiki bot) atau jalan darat.

PRODUK BARU DI TAMAN NEGARA

Satu lagi produk baru menanti pengunjung Taman Negara yang pasti menyeronokkan ialah Santuari Kelah Lubuk Tenor, Taman Negara.

Bukan sekadar pusat kajian dan pemuliharaan ikan kelah, santuari itu turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung.

Untuk sampai ke Lubuk Tenor pengunjung dari jeti Kuala Tahan perlu menyelusuri sungai dan liku jeram dengan menggunakan bot yang mengambil masa 15 minit sahaja.

Dengan hanya mengeluarkan belanja sebanyak RM200 untuk sebuah bot bagi empat penumpang (RM50 seorang) sesiapa sahaja boleh sampai ke Lubuk Tenor.

BERMAIN IKAN DI LUBUK TENOR

Antara aktiviti yang disediakan di santuari itu ialah memberi makan ikan kelah malah boleh berenang dan bermain bersama ikan kelah.

Di santuari itu semua boleh dilakukan bersama ikan kelah sama ada ingin memancing (kaedah tangkap dan lepas), memerhati anak ikan kelah kecuali ditangkap atau dipancing untuk dijadikan makanan kerana tujuan utama penubuhan santuari tersebut lebih kepada usaha memulihara ikan kelah daripada kepupusan.

Yang pasti pengunjung pasti terpegun melihat kelincahan kelah menyambar palet (makanan ikan) yang dilontarkan ke dalam sungai, daripada setenang-tenang air dengan sekelip mata sahaja permukaan air akan berkocak dan dipenuhi kelah.

Keadaan air sungai yang jernih memudahkan kelah dilihat dan walaupun ia dikategorikan sebagai spesies ikan yang sensitif namun ikan kelah di santuari itu agak jinak dengan pengunjung.

Ikan Kelah digelar sebagai Ikan Raja atau Raja Sungai. Isinya yang enak sehingga sisik kelah boleh digoreng dan dimakan seperti keropok menyebabkan harga bagi sekilogram kelah boleh mencapai beribu ringgit.

Santuari Kelah Lubuk Tenor Taman Negara ditubuhkan dengan usahasama USAINS Holdings (USM) dan Jabatan Perhilitan pada tahun 2001 sebelum ianya diambil alih oleh Golden Mahseer Sdn Bhd (GMSB) pada awal tahun ini (Januari 2008) yang mana ia diuruskan sepenuhnya oleh penduduk tempatan.

Pengarah Urusannya, Roslan Abu Kasim, 43, berkata tugas pemuliharaan kelah diserahkan kepada penduduk tempatan termasuk penglibatan penduduk orang Asli dari suku kaum Batek.

Katanya, penglibatan penduduk tempatan juga berperanan sebagai ejen dalam memperkenalkan aktiviti pelancongan baru itu kepada pengunjung.

Hampir 90 peratus daripada kira-kira 2,000 penduduk Kampung Kuala Tahan terlibat dalam industri pelancongan Taman Negara, katanya.

PROGRAM KELAH ANGKAT

Selain boleh dikunjungi pada setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 5 petang pengunjung boleh memilih untuk menginap di santuari itu menerusi aktiviti perkhemahan yang disediakan.

Beliau berkata, sebanyak 30 khemah disediakan di bawah pakej penginapan 3 hari 2 malam untuk empat orang dengan harga sekitar RM350 termasuk tambang bot dan makan minum.

Menerusi pakej tersebut mereka akan melalui pelbagai aktiviti yang disediakan termasuk meredah hutan ke Bukit Kementor, berkayak, memancing, mencari anak ikan dan mandi di Lata Berkoh.

Di bawah Program Kelah Angkat, pengunjung dikenakan bayaran RM20 untuk melepaskan kelah ke dalam sungai sebagai ikan angkat dan diberikan sijil penghargaan.

Selain itu, katanya, santuari ikan Lubuk Tenor juga menyediakan tempat bagi penganjuran program tertentu seperti seminar dan bengkel yang dihadkan kepada sekitar 30 peserta.

Ia bertujuan memberi keselesaan kepada peserta selain memastikan khazanah alam di sekitarnya terus terpelihara dengan baik.

"Untuk penginapan kita ada menyediakan tapak perkhemahan yang boleh menampung seramai 30 orang dan saya rasa had 30 orang ini sudah memadai kerana jika tempat ini diteroka lebih ia dikhuatiri akan memberi kesan yang tidak baik kepada sistem ekologi kawasan ini.

"Malah untuk aktiviti memancing juga kita hadkan minimum empat orang dan maksimum lapan orang dan dilakukan dalam tempoh dua kali sebulan bagi mengelak ikan menjadi 'stress'," katanya.

Bagi yang berminat untuk berkunjung ke Santuari Ikan Kelah Lubuk Tenor boleh menghubungi talian 0192848131 untuk sebarang pertanyaan.