Monday, March 14, 2011

BERSYAIR MEMUDIKI SUNGAI TEMBELING TAMAN NEGARA PAHANG



Masa
Jumaat pada pukul 9.30 pagi - pada 19hb Mac pukul 12.30 ptg
Lokasi
Kg. Pagi, Hulu Tembeling(Taman Negara Pahang)
Dianjurkan Oleh:
Ruth Hegarty, Rozaily Ramli, Tok Pengulu Sri Tembeling, Putera Pakokh(LUBUK BANGKONG RESOURCES, Besi Kursani, Iffah Effah, Radzuan B Salleh Radzuan, Muhamad Kasmuni Abdul Karim, Harison Allyson, Roky Arina.
-Menawarkan pengalaman menaiki bot (sebagaimana org zaman dahulu berhubung)..tapi tambang sendiri la..sambil menjenguk hutan tertua dunia
-Pertandingan kokok ayam, gasing, baling selipar dan sebagai (cadangan di buka)ayam sendiri, gasing mungkin disediakan dan selipar jangan curi selipar orang.
-Pertandingan memasak Asam rom/tempoyak (bahan-bahan di sediakan sendiri) Ajinomoto tak di benarkan.
-Pertandingan puisi/sajak/syair melayu... dan melukis( budak sekolah/IPTA(S) dialu-alukan)
-Pertandingan pakaian baju melayu/kebaya/kebarung/kurung (baju sendiri la)
-Pertandingan kupas nyior,kukur dan perah santannya (nyior mungkin disediakan kalau harganya tak naik)
-Pertandingan mengocak ikan lampam(asam rom dan joran kocak sendiri)

Segala cadangan dari pihak tuan/puan teramat dialu-alukan bagi merapatkan keluarga, saudara, kawan sahabat dan semua yang mahu melibatkan diri dan mengeratkan siratulrahim serta mengekalkan budaya Melayu. Semua yang berhajat menyertai di minta berbaju melayu/kebaya/kurung, baju batik pun tak di galakkan.

Maklum balas di hargai, kerjasama di sanjungi
Sekian, Terima Kasih.

No comments: